Thursday 12 July 2018

Review: Sekolah Rendah Islam Integrasi Az-Zahra (Az-zahra School)

Assalamualaikum.

Dah masuk 7 bulan lebih anak saya sulung saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Integrasi Az-Zahra, Bandar Puteri, Bangi. So far, puas hati juga dengan management sekolah ni. Tahun lepas (2017), anak saya sekolah di SRI Tahfiz Khalifah, Teras Jernang. Sekolah ni pun not bad juga, tapi jauh sikit nak hantar + traffic jam pagi pagi, saya decide nak tukarkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumah.

Suddenly nampak Az-zahra School baru nak buka dekat sini. Risik juga dengan kawan yang berminat nak hantar anak ke sini juga. Yuran agak berpatutan, sekolah baru, uniform pun cantik.

Ni first fliers kawan saya share, ada tunjukkan yuran bulanan:




Ya. RM 530.00 per month including breakfast & lunch. Kurikulum memang follow syllabus kementerian pendidikan (sekolah kebangsaan & sekolah rendah agama). Waktu persekolahan bermula jam 7.45 pagi sampai 4.00 petang. Annddddd, once a week, ada mandarin lesson. Dan main language dekat sekolah ni is English language. Ada additional sports juga jika anak anak berminat untuk sertai seperti archery, swimming dan tae-kwondo (of course with additional monthly fee!).

Ini uniform sekolah yang syantik (sambil makan keropok).




Tudung gray, baju kemeja dark green, seluar slack grey. Syantik! Harga uniform (2018) ialah RM50 untuk sehelai baju dan RM50 untuk sehelai seluar. Setakat ni ada students bermula Standard 1 - 4 sahaja. Masih belum ramai, sekolah baru kan. Sesiapa yang tinggal berdekatan seperti di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bangi Avenue, Bandar Puteri Bangi, Nilai 3, Bangi Lama, dan tengah mencari sekolah integrasi untuk anak-anak, boleh consider this school. My personal opinion, this school has a conducive learning environment, great teachers and management. Anak saya memang happy je pergi dan balik sekolah.

Bukan tak nak hantar anak ke sekolah biasa, tapi kepadatan kelas sampai 40+ murid sekelas buat saya fikir banyak kali. Sekiranya mampu, saya sarankan hantar anak ke sekolah seperti ini. Setiap pagi mereka akan mulakan hari dengan bacaan Al-Ma'thurat. Students juga ada didedahkan dengan public speaking which is very good untuk boost confidence level mereka. Saya sendiri tak ada peluang begini dulu. 

Boleh tengok page Az-zahra school di facebook Az-zahra dan boleh follow instagram @azzahraschool untuk lebih info ya.



<3 <3