Thursday, 12 July 2018

Review: Sekolah Rendah Islam Integrasi Az-Zahra (Az-zahra School)

Assalamualaikum.

Dah masuk 7 bulan lebih anak saya sulung saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Integrasi Az-Zahra, Bandar Puteri, Bangi. So far, puas hati juga dengan management sekolah ni. Tahun lepas (2017), anak saya sekolah di SRI Tahfiz Khalifah, Teras Jernang. Sekolah ni pun not bad juga, tapi jauh sikit nak hantar + traffic jam pagi pagi, saya decide nak tukarkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumah.

Suddenly nampak Az-zahra School baru nak buka dekat sini. Risik juga dengan kawan yang berminat nak hantar anak ke sini juga. Yuran agak berpatutan, sekolah baru, uniform pun cantik.

Ni first fliers kawan saya share, ada tunjukkan yuran bulanan:




Ya. RM 530.00 per month including breakfast & lunch. Kurikulum memang follow syllabus kementerian pendidikan (sekolah kebangsaan & sekolah rendah agama). Waktu persekolahan bermula jam 7.45 pagi sampai 4.00 petang. Annddddd, once a week, ada mandarin lesson. Dan main language dekat sekolah ni is English language. Ada additional sports juga jika anak anak berminat untuk sertai seperti archery, swimming dan tae-kwondo (of course with additional monthly fee!).

Ini uniform sekolah yang syantik (sambil makan keropok).




Tudung gray, baju kemeja dark green, seluar slack grey. Syantik! Harga uniform (2018) ialah RM50 untuk sehelai baju dan RM50 untuk sehelai seluar. Setakat ni ada students bermula Standard 1 - 4 sahaja. Masih belum ramai, sekolah baru kan. Sesiapa yang tinggal berdekatan seperti di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bangi Avenue, Bandar Puteri Bangi, Nilai 3, Bangi Lama, dan tengah mencari sekolah integrasi untuk anak-anak, boleh consider this school. My personal opinion, this school has a conducive learning environment, great teachers and management. Anak saya memang happy je pergi dan balik sekolah.

Bukan tak nak hantar anak ke sekolah biasa, tapi kepadatan kelas sampai 40+ murid sekelas buat saya fikir banyak kali. Sekiranya mampu, saya sarankan hantar anak ke sekolah seperti ini. Setiap pagi mereka akan mulakan hari dengan bacaan Al-Ma'thurat. Students juga ada didedahkan dengan public speaking which is very good untuk boost confidence level mereka. Saya sendiri tak ada peluang begini dulu. 

Boleh tengok page Az-zahra school di facebook Az-zahra dan boleh follow instagram @azzahraschool untuk lebih info ya.



<3 <3  



Tuesday, 5 January 2016

Anak Ummi & Al-Fatih Integrated Preschool

5 January 2016, anak-anak ummi start sekolah semula. Kakak Jazmine continue 6 tahun di Al-Fatih Integrated Preschool, adiknya Aidan baru start 3 tahun kat Taska Tunas Al-Fatih. Sekolahnya sebelah menyebelah je, senang van nak ambik hantar kan.

Sebelum nak register sini tercari-cari jugak berapa lah yuran dia. Nak pegi tanya, busy pulak. Since dah dapat info ni, tepek kat sini in case ada mummies yang berminat nak tau pasal sekolah ni dan fees dia kan. For mummies yang berminat nak tau registration fee Al-Fatih, ni fees structure dia:


Yuran Playschool


Yuran Preschool

Ni pulak anak-anak ummi exciteddd sangat pegi sekolah. Aidan langsung tak menangis pun. Terkejut jugak sebab dia manja sangat sangat T_T. Bila balik sekolah naik van pun happy je muka dia. Anak-anak memang happy pegi sekolah ni. So far memang puas hati sangat. Monthly fees pun affordable, Playschool RM 300/month (sampai petang), Preschool RM 220/month (sampai pukul 12.00 p.m.). Teachers pun baik dan comel comel belaka. Hihihi... Mommies yang tinggal di Bandar Seri Putra, saya recommend tadika ni *thumbsup*


On the way nak pegi school
Kakak baca doa makan dengan kawan-kawan
Kakak solat Dhuha dengan kawan-kawan














Monday, 13 October 2014

Hand, Mouth, Feet Disease a.k.a Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut

Hmmm benda ni lah paling tak nak tapi kena jugak kat anak bujang. 2 tahun lepas kakak kena, now adik pulak. Sedih tengok dia. Tak boleh makan dan minum sebab mulut penuh ulcer. Sangat sikit dia makan dan minum. Asyik menangis je sebab sakit.
Kitorang still continue bagi susu kambing, walaupun minum sikit sikit, paksa dia minum dengan syringe. Kakak dulu 2 minggu jugak lah menderita. Alhamdulillah.. Adiknya kurang seminggu dah baik. Lagi lah kitorang yakin dengan khasiat susu kambing ni. Penyakit cepat baik! Tak apa lah mahal sikit janji anak anak sihat.
Rasa menyesal pulak tak mulakan bagi susu kambing kat anak sulung dulu. Alhamdulillah masih belum terlambat. Dapat jugak bagi kat kakak masa umur 3 tahun lebih dan adik mas umur setahun lebih.
Sekarang dah fully hilang. Sebiji parut pun tak ada. Handsome balik dah anak ummi :)




Ini gambar kakak masa kena hfmd. Kesiannn... Atas Jazmine, bawah Aidan. Ya Allah, jauhkan lah mereka daripada penyakit. Amin.